Assamualaikum,Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Dgn hormatnya Pkngah dan Ummi ingin memberitahu kepada adik beradik, ipar duai dan anak2 buah semua bahawa kami akan mengadakan majlis akad nikah dan perkahwinan walimatul-urus untuk anakanda Erin pada 12 Februari 2012 dengan pasangan jejaka dari Benut Johor.
Berikut adalah butir-butir majlis tersebut :-
11 Februari 2012 Majlis Akad Nikah
Tempat : Di Rumah Bukit Mahkota
Waktu : 2.00 petang
12 Februari 2011 Majlis Perkahwinan Walimatul Urus
Tempat : Di Dewan Abdullah Salleh, University Kebangsaan Malaysia (lihat petanya dibawah)
11 Februari 2012 Majlis Akad Nikah
Tempat : Di Rumah Bukit Mahkota
Waktu : 2.00 petang
12 Februari 2011 Majlis Perkahwinan Walimatul Urus
Tempat : Di Dewan Abdullah Salleh, University Kebangsaan Malaysia (lihat petanya dibawah)
Sempena dengan majlis di atas Pkngah dan Ummi dengan rendah diri dan besar hati menjemput semua adik beradik termasuk ipar2 dan anak2 saudara semua bersama2 hadirkan diri meraikan majlis yg berbahgia ini. Memandangkan majlis nya tak lama lagi, Pkngah dan Ummi sedang sibuk membuat persiapan utk majlis ini. Utk itu Pkngah/Ummi ingin membuat perjumpaan dgn semua adik beradik dan ipar semua berserta anak2 buah dirumah Kg Air Limau pada hari Ahad 1 Jan 2012 jam 11.30 pagi. Tujuan perjumpaan ini adalah utk memberi sedikit taklimat berkenaan majlis akad nikah dan walimatul urus, seterus nya berbincang sikit tentang kerja2 atau tanggung jawab yg bolih disumbang dari adik beradik/ipar, sedara mara dan anak buah semua utk majlis ini. Diharap anda semua dapat hadir di perjumpaan ini.Pkngah dan Ummi