MUTIARA KATA

....اسلام عليكم.... اهلا وسهلا

SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA HAJAH RAHMAH DALIP
- ditubuhkan pada 7hb April 2010

KELUARGA KITA

My photo
KG AYER LIMAU, MASJID TANAH, MELAKA, Malaysia
Hjh Rahmah Dalip (meninggal). Anak-anak: Hjh Saripah-Hj Jantan,Hj Hassan-isteri (meninggal),Hj Hashim (meninggal)-Hjh Serina,Hjh Halijah-Syed Jalaluddin,Kudong@Osman. Cucu-cucu: Hjh Rokiah-Hj Hamzah, Hjh Samiah-Baharom, Hj Ibrahim-Hjh Nur Fadzillah, Hj Musa-Audra, Sareah-Laily, Moktar-Norhaisha, Norizam-Hamizul, Normah-Ahmad, Norhayati-M Nasir, Siti Norashikin-Mustaffa Kamal, Syed Effendi-Rohayu, Syed Iskandar-Anis, Siti Norazlina-Lan. Cicit-cicit : Nursabrina-Yusof,Nursyuhada,Reza,Siti Hasmah-Mohd Hafez, Hadi, Hafiz, Hanif, Hanafi, Siti Hajar, Beshir, Sarah, Sapiah, Hanisah, Md Hatim, Hafizah, Nur Adlina, Azureen, Adreena, Afeera, Md Afeeq, Azri, Suraya, Luqman, Amin, A Tarmizi, Danial, Nurul Shamira, Nadira Amirah, Amir Hakim, Amirah Natasha, Nur Afiqah, Amir Zafran, Md Farid, Abd Halim, Izzati, Husna, M Elias, MSaufiq, Norhidayah, MFadhli, M Helmy, Norhidayu, Norhaslinda, N Umairah, Nurnajwa, Ik Hakimi, SZ Izhar, Syaf, Syasza, Mohamad, Yusof, Mariam, Taufik, Yana, Sy Md Arsyad. Jumlah Ahli : Keluarga Hjh Saripah-Jantan = 48 org, Keluarga Hjh Halijah-Sy Jalaludin = 39 org

Wednesday, December 28, 2011

Perjumpaan Keluarga 1 Jan 2012


Assamualaikum,Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Dgn hormatnya Pkngah dan Ummi ingin memberitahu kepada adik beradik, ipar duai dan anak2 buah semua bahawa kami akan mengadakan majlis akad nikah dan perkahwinan walimatul-urus untuk anakanda Erin pada 12 Februari 2012 dengan pasangan jejaka dari Benut Johor.

Berikut adalah butir-butir majlis tersebut  :-
11
Februari 2012     Majlis Akad Nikah

                                   
Tempat : Di Rumah Bukit Mahkota
                                    
Waktu   : 2.00 petang

12
Februari 2011    Majlis Perkahwinan Walimatul Urus
                                   
Tempat  : Di Dewan Abdullah Salleh, University Kebangsaan Malaysia (lihat petanya dibawah)

Sempena dengan majlis di atas Pkngah dan Ummi dengan rendah diri dan besar hati menjemput semua adik beradik termasuk ipar2 dan anak2 saudara semua bersama2 hadirkan diri meraikan majlis  yg berbahgia ini.  Memandangkan majlis nya tak lama lagi, Pkngah dan Ummi sedang sibuk membuat persiapan utk majlis ini. Utk itu Pkngah/Ummi ingin membuat perjumpaan dgn semua adik beradik dan ipar semua berserta anak2 buah dirumah Kg Air Limau pada hari Ahad 1 Jan 2012 jam 11.30 pagi. Tujuan perjumpaan ini adalah utk memberi sedikit taklimat berkenaan majlis akad nikah dan walimatul urus, seterus nya berbincang sikit tentang kerja2 atau tanggung jawab yg bolih disumbang dari adik beradik/ipar, sedara mara dan anak buah semua utk majlis iniDiharap anda semua dapat hadir di perjumpaan ini.Pkngah dan Ummi

Tuesday, September 13, 2011

                                             Pagi Raya Aidulfitri 2011 keluarga Haji Jantan

Friday, June 17, 2011

Bayaran Pertama Bagi Hari Keluarga

Assalammualaikum semua keluarga, bayaran hendaklah di bayar kepada bendahari kita iaitu Ibu Kampong. Untuk makluman semua penginapan yg disewa tersebut tidak mempunyai kemudahan memasak, kita akan mencari katerer untuk urusan penyediaan makanan. Pada mulanya kita bercadang untuk penyediaan makanan secara portlak(sumbangan spt di A Farmosa). Oleh kerana kemudahan memasak tiada, mohon tambahan peruntukan sebanyak RM100 setiap keluarga lagi untuk urusan makan dan Hadiah Sukaneka. Kalau memang betul2 rasa terbeban harap maklumkan kepada urusetia. yang penting program kita berjalan lancar. Sebarang pertanyaan harap hubungi umi no 0123295887.

Wednesday, May 25, 2011

TARIKH HARI KELUARGA PADA 22 - 24 JULAI 2011

Alhamdullillah, ramai juga yang menyokong program ini walaupun masih ada yg belum memberi jawapan. Tarikh hari keluarga berubah lagi, tapi kali ini telah tetap dan penginapan telah pun di booking. Perubahan  tarikh berlaku kerana pada tarikh tersebut telah penuh. Mohon kerjasama semua supaya memberi maklumbalas segera, tiap-tiap keluarga berapa orang yg hadir beserta dengan namanya sekali. Bolehlah hantar melalui mesej atau apa cara sekali pun yg penting berilah maklumat segera. Secara ringkasnya  dimaklumkan bahawa program kita akan berlangsung seperti berikut:

Tempat: TM Resort Batu 5 1/2 Jalan Telok Kemang PD
Tarikh:   22 hingga 24 Julai (Jumaat - Ahad) Lapor diri jam 3 petang Jumaat
Bayaran: Setiap Keluarga RM400 (penginapan, hadiah sukaneka)
Makan/Minum: Potlak(sumbangan)
Agenda program
Sukaneka
Solat Berjemaah
Pertandingan Mewarna
ceramah motivasi
riadah
Sambutan Hari Jadi
dan lain-lain lagi sekiranya ada cadangan dari ahli keluarga

Sekali lagi mohon kerjasama saudara sekelian untuk respon dengan dalam kadar segera untuk memudahkan perjalanan program kita. Terima kasih 

Thursday, May 19, 2011

perubahan tarikh hari keluarga HRD pada 1 - 3 Julai 2011

Setelah diambil kira beberapa faktor, tarikh hari keluarga tu di cadangkan pada 1 - 3 Julai 2011. Mohon saudara-saudaraku  beri keutamaan, kecualilah uzur yg tak dapat dielakkan. Program ni program kekeluargaan, mengerat silaturahim, anak-anak semua dapat saling mengenali saudara-saudara mereka, hendak-hendak yang dah bujang dan dara. Sementara ada yang nak menguruskan eloklah kita teruskan, kalau dah tak upaya besok, masing-masing dengan keluarga masing2 jelah. Semoga apa yang dirancang ini mendapat sambutan dan diberkati Allah Subhanawataala.