MUTIARA KATA

....اسلام عليكم.... اهلا وسهلا

SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA HAJAH RAHMAH DALIP
- ditubuhkan pada 7hb April 2010

KELUARGA KITA

My photo
KG AYER LIMAU, MASJID TANAH, MELAKA, Malaysia
Hjh Rahmah Dalip (meninggal). Anak-anak: Hjh Saripah-Hj Jantan,Hj Hassan-isteri (meninggal),Hj Hashim (meninggal)-Hjh Serina,Hjh Halijah-Syed Jalaluddin,Kudong@Osman. Cucu-cucu: Hjh Rokiah-Hj Hamzah, Hjh Samiah-Baharom, Hj Ibrahim-Hjh Nur Fadzillah, Hj Musa-Audra, Sareah-Laily, Moktar-Norhaisha, Norizam-Hamizul, Normah-Ahmad, Norhayati-M Nasir, Siti Norashikin-Mustaffa Kamal, Syed Effendi-Rohayu, Syed Iskandar-Anis, Siti Norazlina-Lan. Cicit-cicit : Nursabrina-Yusof,Nursyuhada,Reza,Siti Hasmah-Mohd Hafez, Hadi, Hafiz, Hanif, Hanafi, Siti Hajar, Beshir, Sarah, Sapiah, Hanisah, Md Hatim, Hafizah, Nur Adlina, Azureen, Adreena, Afeera, Md Afeeq, Azri, Suraya, Luqman, Amin, A Tarmizi, Danial, Nurul Shamira, Nadira Amirah, Amir Hakim, Amirah Natasha, Nur Afiqah, Amir Zafran, Md Farid, Abd Halim, Izzati, Husna, M Elias, MSaufiq, Norhidayah, MFadhli, M Helmy, Norhidayu, Norhaslinda, N Umairah, Nurnajwa, Ik Hakimi, SZ Izhar, Syaf, Syasza, Mohamad, Yusof, Mariam, Taufik, Yana, Sy Md Arsyad. Jumlah Ahli : Keluarga Hjh Saripah-Jantan = 48 org, Keluarga Hjh Halijah-Sy Jalaludin = 39 org

Friday, May 21, 2010

Aturcara Program Hari KHRD 26 dan 27 Jun 2010



Saudara-saudara ku tolong tengok aturcara program tu, kalau ada komen atau tidak bersetuju harap bagitahu UMI

Tuesday, May 11, 2010

Hari Kenduri Rumah Opah - 2 Mei2010

inilah ketuo chef, walaupun sakit tangan tp totap sonyum
anak sapo yg rajin tu
kesian, ado orang tu terkial-kial nak siang ikan
asyik-asyik aku jolah yang kono, orang lain ontah kemano
cian mak ena, sampai kombang jari, Dio dapek tengok bumbung pun jadilah...
punyo tekun buek kojo sampai tak sompek nak salin baju

heli tu keliling rumah opah nak selamatkan sapo tu???????

Program Hari Keluarga Hajah Rahmah 2010

Salam sayang/salam kekeluargaan kepada semua KHRD,
Alhamdullilah nampaknya respon yang amat baik terhadap perancangan kita untuk mengadakan Hari KHRD. Setelah mengambil kira berbagai perkara, maka hari keluarga kita akan diadakan pada 26 & 27 JUN 2010 bertempat di A'FAMOSA MELAKA.
Seperti yang telah dimaklumkan bahawa bayaran untuk setiap keluarga ialah RM150.00 sahaja. Segala maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dari masa kesemasa di dalam blog ini.
lokasi & gambar resort di A'FAMOSA..

Monday, May 10, 2010

Di lapangan Terbang Tawau bersama Adam AF2

siapalah anak muda yang dikelilingi oleh emak2 orang ni..

Wednesday, May 5, 2010

Semasa Permainan Bowling Anjuran Mawar pd 25 Apr10

minum2 selepas penat main bowling
sayang kak Husna.....
Mak Ina geram dgn abang reza ke ...

Saturday, May 1, 2010

Sempena Hari Ibu Yang Bakal Menjelang pd 9 Mei 2010

Kepada yang bergelar ibu/umi/mak/mama/mummy, Selamat Hari Ibu. Semoga Allah membalas segala jasa-jasa kalian sebagaimana kalian telah berbakti kepada kami sejak kecil... Kepada anak-anak, semoga kita lebih menghargai dan membalas jasa ibu kita serta sentiasa mendoakan mereka...



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: 'Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak saya dampingi dengan baik?' Baginda s.a.w. menjawab: 'Ibumu.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian siapakah pula?' Baginda s.a.w menjawab: 'Ibumu'. Beliau bertanya lagi: 'Kemudian siapakah pula?' Baginda s.a.w. menjawab: 'Ibumu.' Beliau bertanya lagi: 'Kemudian siapakah pula?' Baginda s.a.w. menjawab: 'Kemudian bapamu.' (al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya: "Saya telah bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Sembahyang dalam waktunya." Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda s.a.w. menjawab: "Kemudian berbakti kepada ibu bapa." Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda s.a.w. menjawab: "Berjihad di jalan Allah." Beliau berkata lagi: "Baginda s.a.w. telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda s.a.w. menambah lagi, pasti Baginda s.a.w. menambah untuk saya. (Riwayat al-Bukhari)