MUTIARA KATA

....اسلام عليكم.... اهلا وسهلا

SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA HAJAH RAHMAH DALIP
- ditubuhkan pada 7hb April 2010

KELUARGA KITA

My photo
KG AYER LIMAU, MASJID TANAH, MELAKA, Malaysia
Hjh Rahmah Dalip (meninggal). Anak-anak: Hjh Saripah-Hj Jantan,Hj Hassan-isteri (meninggal),Hj Hashim (meninggal)-Hjh Serina,Hjh Halijah-Syed Jalaluddin,Kudong@Osman. Cucu-cucu: Hjh Rokiah-Hj Hamzah, Hjh Samiah-Baharom, Hj Ibrahim-Hjh Nur Fadzillah, Hj Musa-Audra, Sareah-Laily, Moktar-Norhaisha, Norizam-Hamizul, Normah-Ahmad, Norhayati-M Nasir, Siti Norashikin-Mustaffa Kamal, Syed Effendi-Rohayu, Syed Iskandar-Anis, Siti Norazlina-Lan. Cicit-cicit : Nursabrina-Yusof,Nursyuhada,Reza,Siti Hasmah-Mohd Hafez, Hadi, Hafiz, Hanif, Hanafi, Siti Hajar, Beshir, Sarah, Sapiah, Hanisah, Md Hatim, Hafizah, Nur Adlina, Azureen, Adreena, Afeera, Md Afeeq, Azri, Suraya, Luqman, Amin, A Tarmizi, Danial, Nurul Shamira, Nadira Amirah, Amir Hakim, Amirah Natasha, Nur Afiqah, Amir Zafran, Md Farid, Abd Halim, Izzati, Husna, M Elias, MSaufiq, Norhidayah, MFadhli, M Helmy, Norhidayu, Norhaslinda, N Umairah, Nurnajwa, Ik Hakimi, SZ Izhar, Syaf, Syasza, Mohamad, Yusof, Mariam, Taufik, Yana, Sy Md Arsyad. Jumlah Ahli : Keluarga Hjh Saripah-Jantan = 48 org, Keluarga Hjh Halijah-Sy Jalaludin = 39 org

Wednesday, May 25, 2011

TARIKH HARI KELUARGA PADA 22 - 24 JULAI 2011

Alhamdullillah, ramai juga yang menyokong program ini walaupun masih ada yg belum memberi jawapan. Tarikh hari keluarga berubah lagi, tapi kali ini telah tetap dan penginapan telah pun di booking. Perubahan  tarikh berlaku kerana pada tarikh tersebut telah penuh. Mohon kerjasama semua supaya memberi maklumbalas segera, tiap-tiap keluarga berapa orang yg hadir beserta dengan namanya sekali. Bolehlah hantar melalui mesej atau apa cara sekali pun yg penting berilah maklumat segera. Secara ringkasnya  dimaklumkan bahawa program kita akan berlangsung seperti berikut:

Tempat: TM Resort Batu 5 1/2 Jalan Telok Kemang PD
Tarikh:   22 hingga 24 Julai (Jumaat - Ahad) Lapor diri jam 3 petang Jumaat
Bayaran: Setiap Keluarga RM400 (penginapan, hadiah sukaneka)
Makan/Minum: Potlak(sumbangan)
Agenda program
Sukaneka
Solat Berjemaah
Pertandingan Mewarna
ceramah motivasi
riadah
Sambutan Hari Jadi
dan lain-lain lagi sekiranya ada cadangan dari ahli keluarga

Sekali lagi mohon kerjasama saudara sekelian untuk respon dengan dalam kadar segera untuk memudahkan perjalanan program kita. Terima kasih 

Thursday, May 19, 2011

perubahan tarikh hari keluarga HRD pada 1 - 3 Julai 2011

Setelah diambil kira beberapa faktor, tarikh hari keluarga tu di cadangkan pada 1 - 3 Julai 2011. Mohon saudara-saudaraku  beri keutamaan, kecualilah uzur yg tak dapat dielakkan. Program ni program kekeluargaan, mengerat silaturahim, anak-anak semua dapat saling mengenali saudara-saudara mereka, hendak-hendak yang dah bujang dan dara. Sementara ada yang nak menguruskan eloklah kita teruskan, kalau dah tak upaya besok, masing-masing dengan keluarga masing2 jelah. Semoga apa yang dirancang ini mendapat sambutan dan diberkati Allah Subhanawataala.

Wednesday, May 18, 2011

PROGRAM HARI KELUARGA 2011

Assalammualaikum kepada semua keluarga yg dikasihi,
Pada tahun ini umi cadangkan kita mengadakan hari keluarga pada 16 September hingga 18 September 2011 di Port Dickson. Tarikh ini dipilih kerana anak-anak yg mengambil UPSR baru saja habis peperiksaan mereka pada 15 September. Mohon kerjasama saudara-saudara ku memberi respon awal supaya senang kita membuat perancangan. Dari segi harga umi sedang usahakan harga yg terbaik yg semua keluarga mampu untuk membayarnya.
Tempat yg dipilih ini tepi laut, setakat ini harga satu Apatment 2 bilik harganya RM200 semalam dan umi bercadang tahun ini kita buat 2 malam. Harap saudaraku boleh beri pandangan segera supaya kita boleh buat block booking. Yang paling penting bersetuju atau tidak untuk buat hari keluarga. tolong beri komen