MUTIARA KATA

....اسلام عليكم.... اهلا وسهلا

SELAMAT DATANG KE BLOG KELUARGA HAJAH RAHMAH DALIP
- ditubuhkan pada 7hb April 2010

KELUARGA KITA

My photo
KG AYER LIMAU, MASJID TANAH, MELAKA, Malaysia
Hjh Rahmah Dalip (meninggal). Anak-anak: Hjh Saripah-Hj Jantan,Hj Hassan-isteri (meninggal),Hj Hashim (meninggal)-Hjh Serina,Hjh Halijah-Syed Jalaluddin,Kudong@Osman. Cucu-cucu: Hjh Rokiah-Hj Hamzah, Hjh Samiah-Baharom, Hj Ibrahim-Hjh Nur Fadzillah, Hj Musa-Audra, Sareah-Laily, Moktar-Norhaisha, Norizam-Hamizul, Normah-Ahmad, Norhayati-M Nasir, Siti Norashikin-Mustaffa Kamal, Syed Effendi-Rohayu, Syed Iskandar-Anis, Siti Norazlina-Lan. Cicit-cicit : Nursabrina-Yusof,Nursyuhada,Reza,Siti Hasmah-Mohd Hafez, Hadi, Hafiz, Hanif, Hanafi, Siti Hajar, Beshir, Sarah, Sapiah, Hanisah, Md Hatim, Hafizah, Nur Adlina, Azureen, Adreena, Afeera, Md Afeeq, Azri, Suraya, Luqman, Amin, A Tarmizi, Danial, Nurul Shamira, Nadira Amirah, Amir Hakim, Amirah Natasha, Nur Afiqah, Amir Zafran, Md Farid, Abd Halim, Izzati, Husna, M Elias, MSaufiq, Norhidayah, MFadhli, M Helmy, Norhidayu, Norhaslinda, N Umairah, Nurnajwa, Ik Hakimi, SZ Izhar, Syaf, Syasza, Mohamad, Yusof, Mariam, Taufik, Yana, Sy Md Arsyad. Jumlah Ahli : Keluarga Hjh Saripah-Jantan = 48 org, Keluarga Hjh Halijah-Sy Jalaludin = 39 org

Wednesday, May 18, 2011

PROGRAM HARI KELUARGA 2011

Assalammualaikum kepada semua keluarga yg dikasihi,
Pada tahun ini umi cadangkan kita mengadakan hari keluarga pada 16 September hingga 18 September 2011 di Port Dickson. Tarikh ini dipilih kerana anak-anak yg mengambil UPSR baru saja habis peperiksaan mereka pada 15 September. Mohon kerjasama saudara-saudara ku memberi respon awal supaya senang kita membuat perancangan. Dari segi harga umi sedang usahakan harga yg terbaik yg semua keluarga mampu untuk membayarnya.
Tempat yg dipilih ini tepi laut, setakat ini harga satu Apatment 2 bilik harganya RM200 semalam dan umi bercadang tahun ini kita buat 2 malam. Harap saudaraku boleh beri pandangan segera supaya kita boleh buat block booking. Yang paling penting bersetuju atau tidak untuk buat hari keluarga. tolong beri komen

Tuesday, February 8, 2011

gambar sekitar majlis pertunangan ERIN

lebatnya bulu mata
pandai makcik solek, boleh tempah ni
hantaran dari Ucop
balasan dari erin
wah bukan main sonyum lagi
Ucop, Ibu dan adik2nya
apalah yang difikirkan tu...selamat hingga akhirnya

Sunday, February 6, 2011

SELAMAT BERTUNANG

Alhamdulillah, majlis pertunangan Erin telah selamat di sempunakan. Kepada semua saudara mara yang sama-sama menjayakan majlis ini diucapkan berbanyak-banyak terima kasih, semoga majlis pertunangan ini akan diteruskan pula dengan majlis pernikahan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Kepada Erin dan Mohd Yusuf selamat bertunang dan pandai-pandai jaga diri dan batas-batas yang telah Allah tetapkan semoga hubungan ini mendapat keredhaan Allah jua.

Friday, January 21, 2011

MAJLIS MERISIK DAN BERTUNANG ERIN SABRINA

Assalammualaikum kepada semua warga Hajah Rahmah
Adalah dijemput kepada bapa2 dan emak2 saudara  serta semua keluarga hadir ke Majlis Pertunangan Erin pada ketentuan seperti berikut:
                    Tarikh :      5 Februari 2011
                    Masa  :      11 pagi    -  Majlis Pertunangan berlansung
                                     12 tgh      -  Doa dan Tahlil
                    Tempat:     Kg. Air Limau, Masjid Tanah Melaka

Semoga dengan kehadiran saudara mara sekelian akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Thursday, October 21, 2010

Gambar ahli baru KHRD

 Baru saja dilahirkan dan dimandikan. 
20.10.10 @ 1.41pm
Lelaki, 3.59kg, PUSRAWI, KL




Ucapan doa tahniah atas kelahiran baru..
Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.
Jawapan daripada mereka yg mendapat tahniah itu..
Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.

Thursday, July 29, 2010

JEMPUTAN BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA KELUARGA

Assalammualikum wbt.,

Apa khabar semua, harap semua sihat dan bergembira menghadapi bulan puasa yang penuh berakah ini.
Pada 21 Ogos 2010 (Sabtu) umi sekeluarga menjemput semua keluarga hajah rahmah untuk berbuka puasa di rumah mak Kg. Air Limau. Mohon semua dapat hadir, dapat kita bertemu dan bermesra disamping menggembirakan hati ibu bapa yang kita kasihi.

Salam sayang dari umi sekeluarga

Thursday, July 15, 2010

Perjumpaan Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Raya

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua keluarga Hajah Saripah dan Hajah Halijah,

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menghadapi bulan Ramadhan dan seterusnya Hari Raya. Kepada semua saudara ku akak mencadangkan supaya kita masing-masing mengadakan majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya di rumah masing-masing(kepada yang sudi dan berkesanggupan). Kalau bolih dari sekarang maklumkan kepada akak tarikh-tarikh yang telah dipilih untuk dimaklumkan didalam blog. Diharap dengan cara ini akan menambah erat lagi silaturahim antara kita. Moga ada respon yang baik dari saudara-saudara ku. Amin